Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Jumaat, 31 Oct 2014 / 7 Muharram 1436H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Galeri Gambar   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan
     

Utama >> Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi Bank Persatuan

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota lembaga, anggota jawatankuasa audit dalaman, anggota jawatankuasa majlis syariah, semua warga kerja dan anggota Bank Persatuan yang telah memberikan sokongan serta dorongan kepada Bank Persatuan untuk terus bergerak maju dalam merealisasikan hasrat dan impian untuk mencapai visi dan misi Bank Persatuan.

Syukur Alhamdulillah, hasil daripada operasi yang dijalankan bagi tahun 2012 yang lalu, Bank Persatuan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM31.10 juta iaitu peningkatan 4.13% daripada keuntungan tahun sebelumnya (RM29.87 juta). Peningkatan keuntungan ini adalah disumbangkan oleh peningkatan dalam hasil kendalian yang melibatkan item-item seperti keuntungan pembiayaan anggota, keuntungan pelaburan Al Mudharabah, bayaran perkhidmatan serta keuntungan daripada jualan tanah.

 

Untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2012, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 54 yang diadakan pada 16 Jun 2013 yang lalu telah meluluskan cadangan kadar dividen sebanyak 8.0%, walaubagaimanapun pada 6 Ogos 2013 pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah memberikan kelulusan bayaran dividen Bank Persatuan bagi tahun kewangan 2012 sebanyak 6.0% dengan peruntukan sebanyak RM 19.56 juta. Kadar dividen ini adalah setelah mengambikira peruntukan Seksyen 57(5)(b); Akta Koperasi 1993 menggunakan mana-mana sumber (Pembayaran Dividen Atas Modal Syer Anggota). Bayaran dividen kepada anggota-anggota yang mempunyai akaun simpanan Al Wadiah di Bank Persatuan akan dikreditkan pada 19 Ogos 2013 dan bayaran dividen secara tunai kepada anggota-anggota yang tidak mempunyai akaun simpanan adalah mulai pada 20 Ogos 2013 sehingga 30 September 2013 melalui semua cawangan Bank Persatuan.

Dato' Haji Yusra Bin Sabar DPSM

(Pengerusi Bank Persatuan)

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2014, Bank Persatuan.