Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Selasa, 26 Sep 2017 / 5 Muharram 1439H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> Mengenali Kami >> Peluang Kerjaya >> Jawatan Kosong Berakhir 28 Oktober 2016

Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad menawarkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan anda. Ini kerana pembukaan cawangan-cawangan baru di lokasi-lokasi strategik akan dilaksanakan hingga meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia
Mempelawa warganegara Malaysia Bumiputera (Melayu) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
1. Eksekutif Pembiayaan Koperasi dan Korporat (Jabatan Pembiayaan Koperasi dan Korporat – Ibu Pejabat)
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perniagaan, Perbankan, Perakaunan, atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS  yang diiktiraf oleh Kerajaan
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam Pembiayaan Koperasi dan Korporat.
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab mengemaskini daftar permohonan pembiayaan yang diterima.
    • Mengemaskini permohonan pembiayaan di dalam sistem setelah diluluskan.
    • Menguruskan dokumen/ kertas kerja pembiayaan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat.
    • Menyediakan surat penolakan untuk permohonan yang tidak diluluskan dan dipertimbangkan.
    • Membantu Ketua Jabatan/ Pegawai di dalam kerja-kerja memproses pembiayaan.
    • Memantau bayaran balik pembiayaan.
    • Menyediakan laopran prestasi Jabatan untuk mesyuarat dan SKM.
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
   
2. Pegawai Pentadbiran Kredit (Jabatan Pembiayaan Koperasi dan Korporat – Ibu Pejabat)
   
 
  • KELAYAKAN
    • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang Perniagaan, Perbankan, Perakaunan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik;
 
  • PENGALAMAN
    • Keutamaan diberikan yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun di dalam bidang Pembiayaan Koperasi dan Korporat
    • Mampu melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan boleh bekerja dalam persekitaran dengan pengawasan yang minima.  
 
  • BIDANG TUGAS
    • Bertanggungjawab menguruskan Pembiayaan Koperasi dan Korporat setelah diluluskan dengan menyedia, menyemak dan menguruskan surat tawaran.
    • Bertanggungjawab memastikan penyediaan maklumat pelanggan, maklumat pembiayaan dan seterusnya urusan pengeluaran pembiayaan melalui sistem.
    • Bertanggungjawab menguruskan dan memastikan pengeluaran   pembiayaan dikeluarkan mengikut tawaran kemudahan yang telah ditetapkan.
    • Bertanggungjawab membuat susulan atau pemantauan bayaran balik pembiayaan
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
   
Calon-Calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, surat latar diri dan gaji minimum dipohon bersama-sama salinan sijil yang berkaitan dan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada :
JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
41, 43 - 45 Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi 04-3237650 atau layari www.bankpstn.com.my untuk maklumat lanjut

Email - kerjaya@bankpstn.com.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 28 Oktober 2016 . Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.
Permohonan diterima adalah secara pos / email / serahan tangan sahaja

>

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan