Peta Lokasi   | Web Mail   | e-Semakan   | Peluang Kerjaya   | Penafian Sabtu, 27 May 2017 / 1 Ramadhan 1438H
 

   

Laman Utama   |  Cawangan Bank   |  Muat Turun   |  Laporan & Penyata Kewangan   |  Soalan Lazim   |  Khidmat Pelanggan   |  Maklum Balas
     

Utama >> Skim Takaful >> Pelan Takaful Sinar Hajj

PELAN TAKAFUL SINAR HAJJ
 
Pengenalan
 
  • Pelan Takaful Sinar Hajj adalah berkonsepkan Wakalah
  • Pelan Takaful Sinar Hajj dengan kerjasama Sun Life Malaysia Takaful Berhad
  • Pelan ini adalah sebagai satu nilai tambah kepada kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan kepada para anggota dan pelanggan
  • Pelan takaful ini juga berkonsepkan perkongsian keuntungan yang menyediakan perlindungan takaful bagi kematian dan kehilangan upaya kekal (TPD), kematian & TPD akibat kemalangan, badal haji, manfaat khas dan manfaat tunai pada akhir tempoh kontrak.
   
Ciri-ciri & Manfaat
  • Manfaat Kematian / TPD – 100% jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar kepada waris. Tambahan 100% perlindungan akan dibayar jika berlaku kematian / TPD semasa mengerjakan haji / umrah.

  • Manfaat Kematian / TPD akibat kemalangan – Tambahan RM10,000.00 akan dibayar  jika berlaku kematian / TPD disebabkan oleh kemalangan.

  • Badal Haji – Bayaran badal haji akan dibayar kepada agensi perkhidmatan yang berkaitan jika berlaku kematian / TPD kepada peserta untuk melaksanakan badal haji bagi pihak peserta. Jika tiada penyedia perkhidmatan yang berkelayakan, sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris yang berhak untuk melaksanakan badal haji bagi pihak peserta.

  • Bayaran khas – sejumlah RM1,500.00 akan dibayar kepada peserta sebaik sahaja sijil penyertaan genap 3 tahun untuk urusan pendaftaran haji bersama Lembaga Tabung Haji.

  • Manfaat akhir – nilai terkumpul sijil Akaun Am akan dibayar pada akhir tempoh matang sijil.

  • Akaun Am – pendapatan pelaburan akan dikreditkan ke Akaun Am secara tahunan sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.

  • (Manfaat TPD akan luput apabila perserta mencapai umur 65 tahun dan jumlah maksimum perlindungan bagi setiap penyertaan adalah RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Juta Sahaja))

   
Sumbangan Bulanan
 
  • Serendah RM125.00 sehingga RM500.00 (Tertakluk Terma & Syarat)
   
Bayaran Sumbangan
  Bayaran sumbangan adalah berdasarkan pilihan peserta iaitu :
 
  • Bulanan
  • Suku Tahunan
  • Setiap 6 bulan
  • Tahunan
   
Jumlah Perlindungan
 
  • Minima – RM7,500.00
  • Maksima – RM300,000.00

(Tertakluk kepada jumlah sumbangan bulanan & umur penyertaan)

   
Jadual Manfaat
 

UMUR KEMASUKAN YANG TERAKHIR (ALB)

JUMLAH YANG DILINDUNGI (RM)

PELAN 125

PELAN 175

PELAN 250

PELAN 375

PELAN 500

0-10

75,000

105,000

150,000

225,000

300,000

11-15

67,500

94,500

135,000

202,500

270,000

16-20

60,000

84,000

120,000

180,000

240,000

21-25

52,500

73,500

105,000

157,500

210,000

26-30

45,000

63,000

90,000

135,000

180,000

31-35

37,500

52,500

75,000

112,500

150,000

36-40

30,000

42,000

60,000

90,000

120,000

41-45

22,500

31,500

45,000

67,500

90,000

46-50

18,000

25,200

36,000

54,000

72,000

51-55

12,000

16,800

24,000

36,000

48,000

56-60

7,500

10,500

15,000

22,500

30,000

   
Tempoh Sijil
 
  • Sehingga umur peserta mencapai 80 tahun
   
Cara Bayaran
 

Cara Bayaran

Sumbangan Awal

Sumbangan Bulanan

Tunai

Ö

X

Cek

Ö

X

Kad Kredit / Debit

Ö

Ö

Arahan Tetap

X

Ö

 

   
Had Umur Peserta
 

Had umur peserta (berdasarkan tarikh harijadi yang akan datang) :

 

  • Minima – 1 bulan
  • Maksima – Mencapai 60 tahun
  • Tempoh Perlindungan – Sehingga mencapai 80 tahun

Had umur minima pemegang kontrak : 18 tahun

   
Pemeriksaan Perubatan
 
  • Tidak dikenakan jika jumlah perlindungan dibawah RM250,000.00
   
Pengeluaran Tunai
 
  • Boleh dilaksanakan setelah tempoh sijil mencapai 3 tahun dengan jumlah pengeluaran minima RM500.00 dan baki minima RM1,000.00 selepas setiap pengeluaran. Pengeluaran 3 kali pertama adalah percuma dan pengeluaran berikutnya akan dikenakan fi sebanyak RM53.00 (termasuk GST)
   
Penyerahan
 
  • Jumlah baki Akaun Am akan dikembalikan sepenuhnya setelah ditolak bayaran fi sebanyak RM53.00 setelah penyerahan atau tempoh matang sijil.
   
Pengecualian
 
  1. Manfaat kematian – jika peserta membunuh diri / meninggal dunia disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi dalam tempoh 12 bulan yang lalu, kontrak akan dibatalkan dan semua jumlah Akaun Am akan dikembalikan.

  2. Manfaat Hilang Upaya Kekal

  • Disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

  • Mengidapi AIDS atau pembawa HIV.

  • Disebabkan oleh pengaruh dadah / bahan yang memabukkan.

  • Disebabkan terlibat dengan aktiviti keganasan / melanggar undang-undang.

  • Melibatkan diri dengan mana-mana peranti atau pengangkutan udara kecuali berada di dalam pesawat yang dikendalikan oleh penerbangan penumpang komersial dalam perjalanan penumpang berjadual biasa.

  • Penyertaan dalam mana-mana sukan berbahaya atau hobi atau aktiviti, termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti udara, terjun bungee, mendaki gunung, aktiviti dalam air, atau perlumbaan apa-apa jenis selain daripada berjalan kaki.

  • Terlibat dalam peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi ketenteraan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), mogok, rusuhan, perang saudara, pemberontakan, revolusi, pemberontakan, kekecohan awam, pemberontakan, ketenteraan atau rampasan kuasa.

  • Pengecualian ini juga termasuk semasa menunaikan haji / umrah.

   

 

[Kembali]

   
   

Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2017, Co-opbank Persatuan